Monday, September 20, 2010

hari ni masih belum bersalin lagi...hr ni dh 39minggu2hari...tinggal 5 hari je lg nk genap 40minggu.... pagi td pergi checkup..Alhamdulillah anak sehat..degupan jantung baby 143,hb mama 10.9 berat mama naik 2.5kg(hahahhaha) terkejut misi...yela dh hujung2 selalunya maintain je berat badan tu tapi aku boleh naik pulak dalam seminggu naik 2.5kg...sebelum2 ni sebulan br naik 0.5kg...lawak betul kan...hahhahahha..mood raya kottttt...nasib baik naik berat badan je...tekanan darh n kandungan gula ok...td misi cakap kalau ahad ni aku masih xbersalin juga aku kene pegi hospital laporkan...kalau hospital selayang mungkin dia akn tambh 7hari lg...
tapi kemungkinan aku nk minta doktr induce kot...harap2 doktr setuju la...aku dah tak larat nak menahan kegatalan dan kesakitan otot-otot badan aku ni...anak mama ni seronok sangat kot ddk dalm perut mama ni... bila dengar anak mama sehat mama seronok sangat...babah n mama x sabar2 nk tgk rupa baby...mama harap minggu ni baby keluar...hari2 mama doa agar mama n ank mama selamat dan sehat, dijauhkan segala jenis jangkitan penyakit dan anak mama dilahirkan dengan cukup sifat dan sempurna...AmiN.......

Thursday, September 16, 2010

16.9.2010-cuti hari "Malaysia"

Hari ni seperti biasa aku duk menghitung hari..aku tak kisah pun,yela due pun 26hb depan...belum overdue lg... Tapi hari ni aku baca serina anak chef wan tu dah pun selamat melahirkan anak lelaki...due kiteorang sama...awal 2 minggu dia bersalin...aku pun mula la dok fikir nape aku belum lagi...kawan2 aku semua dah bersalin...nadia & isteri matjang pun dah bersalin....aku mula rasa risau...aku pun cerita lah kat ma..ma cakap mungkin aku sama dengan dia kot...yela ade yang overdue n ade yang ngam2...lega sikit hati aku ni...yela dari awal mengandung lagi ma cakap aku sama macam dia...dengan perut besarnya...ma cakap memang keturunan kitaorang kulit tebal...So aku dh lega dah...aku berserah je pada Allah...lagipun anak aku bergerak aktif dalam perut ni....hari2 perut aku ni bergerak pusing2 macm roller coster..,hahahahahaha...anak mama nakal :-)

Kul 4.30 ptg tadi maklong n makcik not datang beraya...diaorang ni saudara sebelah abah kat kedah tp bekerja kt KL & ada syarikat sendiri.So ramail la petang tadi kat rumah aku...nasib baik aku kemas rumah pagi tadi n kuih2 n kacang2 yang kat dalam balang semuanya aku dah refill balik...Ma masak mihun goreng tadi...3bungkus tu...hehhehehehe...ma cakap esok2 senang kalau ada orang datang beraya ma panaskan je mihun yang lebih tadi tu....hahahhahahha...itulah ma aku kalau buat keje semuanya siap dengan pakej...hehehhehe:-)

Kul 6.30 baru tetamu balik...tiba2 aku rasa nak makan kfc pulak...apa lagi aku bagitau jela kat hubby aku....macam biasa dia akan bawa aku pegi makan..yela lepas ni 2bulan dia bebas takpayah nak layan sangat kerenah aku ni...hehehhe.....kul 8 mlm suamiku bawa aku pegi makan kfc kat JJ Keramat AU...jauhnyala nak makan KFC...aku ingat dia nak pegi tengok baju ke apa....tapi ni tidak...lepas makan terus balik....tak puas aku jalan...hahahahhaha...suamiku pun suka buat kerja pakej juga...yela 2in1 katanya makan dan jalan2.... bolehla geng dengan mak mertua nya...

Wednesday, September 15, 2010

Hari ni usia kandunganku 38 minggu 3 hari.. Seperti biasa hari2 aku akan catitkan carta gerak anak kat dalam buku merah tu...Tapi hari ni aku konfius sikit...sebabnya hari aku sakit perut n berak2...kalau aku sakit perut macm ni selalunya gerakan baby tu aku tak dapat nak rasa sangat...Aku harap takde apa2 berlaku pada anak ku ini.

Pregnant

Selepas sebulan aku berkahwin,aku di sah kan mengandung..Alhamdulillah,bersyukur dan gembira yang teramat sangat sampai tak boleh nak di ungkap kan dengan kata2.....aku due 26.9.2010. Hari ini 15.9.2010..jd tinggal dalam 11hari je la lagi..Masa 5bulan hr tu doktor scan nak tengok keadaan baby..Alhamdulillah semuanya ok dan dok terus cakap padaku kemunkinan anak aku tu perempuan..Ala...aku tak kisah pun lelaki ke perempuan...yela sebab ni kan anak first..Tapi kalau tanye kat laki aku confirm dia nak anak lelaki..nak buat geng la tu..Aku berserah je pada Allah janji anak aku sihat,sempurna dan cukup sifat..tu je doa aku hari2.
Sekarang usia kandunganku sudah 38minggu3hari.semalam pegi checkup kt Klinik Kesihatan Gombak..Alhamdulillah semuanya ok...misi cakap aku dah engage sebab kepala baby dh kebawah n dah masuk kt salur tu.bila2 masa je aku boleh bersalin.tak sabar rasanya nak jumpa dengan prince or princes mama ni.. hari2 mama asyik rasa gerakan anak mama yang nakal tu je...
Sekarang pun aku dah start cuti...aku dah tak larat lagi nak pergi kerja..bukan ngada2...tapi kat ofis tu terlalu banyak sangat kerja..yela kan dah masuk hujung tahun banyak report kena siap kan.lagipun aku tak tahan nak travel jauh2 setiap hari...yela dari rumah ke ofis 45km..pergi balik dah jadi 90km, lepas tu dengan jem lagi...yang tu la yang paling aku tak sanggup...biar lah orang nak kata apa pun..janji aku tahu apa yang aku buat..aku yang menanggung kesakitan.biarlah aku aktif kat rumah aje dari aku pergi ofis.
So sekarang aku tengah menghitung hari untuk menimang cahaya mata pertama bagi ku dan suami..

Pernikahan & Persandingan

Pada 11.12.2009 aku sah menjadi isteri kepada
Mohd Zuhairi Zainal.Tertutuplah sudah kisah percintaan kami yang telah kami karang sejak 5 tahun yang lepas.Kini tibalah pula kisah "Alam Rumah Tangga" yang akan kami harungi hingga hujung nyawa.







Pada 12.12.2009 berlangsunglah pula hari persandinganku bersama suami tersayang.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Ramai kawan2 yang hadir bagi memeriahkan lagi hari persandinganku itu. Terima kasih kepada kedua ibu bapa ku,saudara mara dan semua jiran tetangga yang banyak membantu aku dan keluargaku sepanjang majlis persandingan itu di jalan kan.
Habislah sudah tanggungjawab kedua ibu bapa ku kepada anak2 mereka...kini tibalah pula giliran kami memikul tanggungjawab yang sama seperti mereka pikul sejak kami di lahirkan...

Profile

Nor Izaida Ismail di lahirkan di rumah beralamat no.11b-1, Lorong Pelandok, Kg Klang Gate pada 25 febuari 1985 pukul 10.12 malam.Anak bongsu dari 3 adik beradik (perempuan tunggal).

 Pendidikan
Menerima pendidikan di Tadika Kemas Kg. Klang Gate,Sek.Keb Klang Gate,Sek.Agama Rakyat Tmn Melawati,Sek Agama Tmn Permata,Sek.Men.Keb.Tmn.Melawati dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Kerjaya
November 2007 mula bekerja di Negara Properties (M) Sdn Bhd sebagai kerani akaun dan Setiausaha.
April 2008 bekerja dengan Sime Darby Property Berhad sebagai penolong perakaunan.
Mei 2010 di pindahkan ke Sime Darby Global Service Sdn Bhd dan bekerja sebagai "Specialist GA Finance & Reporting".